

Prof Datuk Dr Muhammad Nur Bin Manuty
Prof. Dato’ Dr. Muhammad Nur Manuty merupakan salah seorang bekas Presiden ABIM yang paling berpengaruh. Beliau meraih ijazah MA dan PhD. dari Temple University, Amerika Syarikat (1978–87) dalam bidang pemikiran Islam dan perbandingan agama dan berguru secara langsung pada pemikir Islam semasa tersohor (al-Marhum) Prof. Ismail Raji al-Faruqi dan filasuf terkenal Seyyed Hossein Nasr.
Beliau pernah mengajar di Jabatan Pengajian Arab dan Tamadun Islam UKM dan berkhidmat sebagai Profesor Madra di Jabatan Usuluddin dan Perbandingan Agama UIA (1983–99).
Dr. Muhammad Nur kini memegang jawatan Presiden Kolej Darul Al-Hikmah , ahli felo kehormat Institut Pemikiran Islam Antarabangsa (IIIT) kawasan Asia Timur dan Asia Tenggara, ahli lembaga penasihat Kesatuan Ulama Sedunia Cabang Malaysia serta Pengerusi Lembaga Amanah Yayasan Universiti Selangor (UNISEL).