

Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar
Prof. Emeritus Datuk Dr. Osman Bakar adalah pengarang dan penyunting untuk 40 buku dan lebih daripada 300 artikel mengenai pelbagai aspek pemikiran dan peradaban Islam, terutama dalam sains dan falsafah Islam di mana beliau adalah pakar utama. Buku-buku terkenalnya adalah Classification of Knowledge in Islam (1992) dan Tawhid and Science (1992). Buku terbarunya berjudul Al-Farabi: Life, Works and Significance (2018) (edisi kedua baru) dan Colonialism in the Malay Archipelago: Civilizational Encounters (co-editor) (2020). Beliau berjaya mendapat ijazah Doktor falsafah dalam falsafah Islam dari Temple University, Philadelphia (Amerika Syarikat) dan kini memegang Kerusi Al-Ghazali dalam Epistemologi dan Kajian Pembaharuan Peradaban di Institut Antarabangsa Pemikiran dan Peradaban Islam (ISTAC), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).